Followers

Thursday 23 June 2011

dEtiK

Sejak dari nafas pertama yang dihembuskan, bermula kiraan detik dalam kehidupan manusia. Setiap detik yang berlalu itu tidak akan pernah terfikir untuk terhenti.. Dan setiap detik yang berlalu itu ada harga yang perlu dibayar agar menjadikan detik itu seakan sempurna di kaca mata manusia lain.. Termengah - mengah nafas dalam suatu larian kehidupan yang mengejar detik yang selalu berlalu pergi dan sentiasa maju kehadapan seiring dengan keadaan di sekeliling kita. Kesedihan, kegembiraan, perkenalan, perpisahan dan kesunyian adalah rasa yang hadir dalam setiap detik. Kita akan sentiasa berusaha untuk mewarnai dan juga memberikan rasa pada setiap detik. Terkadang detik itu suatu yang amat pantas memintas masa dan terkadang seakan terlalu lama untuk melalui detik itu. Segala kemanisan rasa dalam detik itu akan kita sematkan dalam kotak pemikiran lantaran detik kesedihan itu akan sentiasa setia mengisi ruang hati yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Detik detik yang dilalui pantas memadam segala memori yang tidak pernah kita hargai dari ia terus menjengah jendela benak pemikiran dan kadang kala seakan singgah bertamu di halaman hati untuk mengimbau sesuatu yang pernah kita lalui...

peRjaLanaN

sebuah perjalanan yang masih mencari jalan jalan yang perlu dilalui. Meneliti setiap langkah yang di susun mengikut rentak hati remaja yang bergelora mencari suatu destinasi yang belum pernah diketahui selama ini. Sejauh mana langkha yang boleh dituruti, segenap alam akan diredahi tanpa mengenal erti penat. Dalam perjalanan kehidupan yang penuh dengan persinggahan sementara, memberikan sedikit ruang untuk bernafa. Sepoi - sepoi bahasa angin memmberikan tenaga yang selam ini kehausan namun terkadang hembusan angin lembut itu disulami hujan yang bagaikan memberikan halangan untuk mencari titik destinasa dalam setiap perjalanan. Merangkak bersama keluarga, bertatih ketika bersama rakan dan mula mencari titik sebelum mula mengorak langkah sendirian dan akhirnya berlari... ia adalah pemangkin dalam sesuatu perjalanan kehidupan manusia. perjalanan yang amat panjang dari satu titik ke titik seterusnya. terkadang menoleh kisah silam dan mengimbau kenangan yang pernah singgah bertamu di halaman hati ini membuatkan diri seakan lemah tidak bermaya. adakah ini sebuah rektorik kehidupan, ibarat mencari titik awal pelangi dan mengejar hujungnya dengan anak mata berpandangan. kesunyian, membuat diri termanggu si suatu ruang yang sesak namun masih terasa akan kekosongan sepanjang perjalanan itu.....

kEhidUpAn

Dimanakah awak yang diam sahaja... mungkin kah kita tidak akan pernah bersua lagi.... rindu bagai tidak tertanggung... tiada apa yang dapat meredakan kebimbangan dan kerinduan selain suara kamu yang boleh menggegarkan alamku yang kecil ini... ia mungkin sebuah mimpi siang yang aku ingin gapai namun ia masih tak terfikir dek akal pabila langit itu jauh dari jangkauan....

andai benua menjadi pemisah.... akan kuterbangkan diriku mencarimu... andai laut menjadi penghalang... kan ku bina jambatan kasih diatasnya... namun pabila hati yang mula berkata... maka terbungkam segala rasa.. termanggu segala kata umpama legap vacuum udara menyerap segalanya...

malam sunyi di temani bunyian alam
langit luar disulam awan
bulan mengambang seakan kelam
bintang nan jauh mula bergemerlapan

benderang langit dek matahari
membongkar seluruh rahsia alam
tatkala diri bermain hati
termanggu diri dalam suram

indah awan menyulam lanit
ibarat lukisan indah disini
tiada apa dapat menghimpit
rasa curiga dan sunyi bertamu di hati